Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Antiboitik sikit lg nak sama size dgn peluru!

Asalamualaikum! ;)
Hai si cantik si gagah si jentayu dan si jentolak sekalian! 
ada yg kerja esok hari? 
ye sy pon patutnya bekerja seperti anda! 
ada sekolah ganti hari ni dan sy sepatutnya jadi 
guru pengiring utk lawatan budak form1.
tp dek kerana penyakit yg datang tanpa di duga ini terpaksa mc utk 2 hari.
sakit ape lah kau ni kan jenab oii?




uhukkk3 malu pulak kiteee..
terkena bisul la wehh.
memula nak g klinik kerajaan tp time nak pegi tu la kereta kene tahan kat 
bengkel sbb gas aircond da abes.
kereta tu pulak bangsa yg nak baiki sesuatu kene bukak banyak benda.
mmg tak la nak siap dalam kadar segera.
lewat petang baru dapat n masa tu klinik kerajaan pon dah tutup.
apesal x pergi hkl?
hkl tu malas ahh nak cite, masa keje TDM dulu dah terkene sekali.. 
baik g klinik swasta.
kene bayar pon rasa puas sbb dpt treatment yg betul n staff xla mcm mintak kaki.
so malam td baru pegi.
masuk je jumpa dokter trus dia tanya aku sakit ape.
pastu aku kata la bisul.
terus dia nak tgk n kemain dia tutup segala pintu n tirai yg ada..
pastu dia cek2, trus kata why u lambat jumpa doktor?
ni dah tahap bengkak ni.
aku macam aiyoo kene korek ke ape ni!!
terus rasa nak balik..
pastu tetiba dia hilang n datang balik dia buat ape nntah 
kat belakang aku sampai rasa sakit nak mampuih okeh!
dah la lama plak tu kan terus cam ter awww aww la aku!
sakit pulak.
nasib ada mak aku teman kan. 
bile aku tanya dokter buat ape tu sakit la belakang sy. 
semua diam! sorang pon x bg tahu aku ape dia buat.
tahu2 dah tampal je.
 sampai skarang terasa sakit lg bekas di korek tu okay!

masa dah otw balik tu aku tanya la mak aku ape doc tu buat..
sakit benar aku rasa.
mak aku kata dia mcm potong mata bisul tu utk keluarkan nanah n darah kotor.
dats why la aku rasa sakit..
tp mak aku pon x berani nak tgk.
nasib doc tu kata xyah operate ke ape. 
sbb dia surface je x sampai dalam. 
Alhamdulillah!
tp serius sbb dia dkt ngan saraf so aku punya pergerakan pon sgt terbatas 
sbb dia rasa mcm tegang area bengkak tu.
aku jalan pon da mcm nenek2 si bongkok 3 okay.. 
sadisssss
 makanan ruji aku utk beberapa ari ni.
dah la aku bangsa susah nak makan ubat.
hadap lah! nk baikkan? 

antibiotik dia bapak besau!
ngeri aku nak telan td.
sekali telan mcm ada peluru lalu tekak aku.
hawhaw imigenasi melampau! :P


oklah dah lewat ni.
hujan lebat pulak.
mari tido untuk mendapatkan rehat yg cukup kekdahnya ye! 
till then, be good

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...