Search This Blog

Saturday, February 21, 2015

Resepi Ayam grill mix n match

Hi, Assalamualaikum :)

Smlm roh rajen tu menghentam sanubari tahap x menahan punya. tahap apa nak jadik pon jadik la janji gue dapat buat. psiko sgt. tp xpe. psiko yg ni ada hasil. selalu xde hasil. kahkah. sbb terlalu bosan makan nasik *yeke?* jadik pilih nak makan ala2 american next top modul. *xmampu nak nak jadik model. modul pon jadikla mihmihmih* walaupon begitu, tetap aku pilih buat yg senang yg multi tasking. yg ko boleh sambil2 je.


*gambar sumber google ye*

bahan2 nak membuat chicken grill ni super senang. sebab nama dia chicken grill harusla aku guna ayam. tp kalau ko teringin nak pakai puyuh ke itik ke boleh gak. nak pakai kasawari pon xde sape nak marah. haha. ayam ni mak aku beli yg dah siap potong 16 kot? hahah maaf i tak amik subjek memotong ayam kat upsi dulu. tp dah potong kecik2 la. so ko nak masak apa pon senang.

cara2 dia cam ni;

1. aku guna 12 ketul ayam potong 16 tu.

- mula2 mestila kene siang ayam bersih2 buang segala lemak mahupon selulit, bulu2 dan daki jika ada. pastu cuci dengan tepung gandum + sikit air. lepas tu bilaskan bersih2. kalau x bersih lagi mungkin boleh guna axion dan berus dawai. hewhew

2. sediakan bahan2 perap

- make sure ayam tu sebelum marinate berada dlm keadaan kering. x basah berlejeh2. toskan elok2 atau lap ngan kitchen tissue atau pon tuala mandi kau.

gaulkan ayam tu dengan bahan2 dibawah dan perap selama 1 jam atau lebih:

♢ 1 sudu makan mayonis
♢ 1 sudu sup madu
♢ 1 sudu sup kicap manis
♢ 1 sudu sup kicap pekat
    (aku xde kicap pekat so aku guna kicap
     masin)
♢ secubit garam atau secukup rasa la
♢ secubit gula jika mau (aku xpakai yg ni)
♢ 1/2 kiub ayam maggie (pecahkan sampai jadik serbuk)
♢ halia besar ibu jari - tumbuk halus
    (aku x guna)
♢ Bawang putih dicincang halus
    (aku gantikan dgn garlic stick brand
     mckormick)
♢ chicken seasoning (brand mckormick)
♢ Black pepper (brand mckormick)
♢ Parsley flakes (brand mckormick)
♢ White pepper (brand mckormick)

p/s: sukatan sudu sup tu kalau sudu makan jadik 2 sudu.

p/s/s: kalau kau nak tambah serbuk paprika ke sos lada hitam ke sos chilli's ke cili flakes ke bedak kutikura ke terpulang pada tekak kau. janji kene ngan tekak ko. sbb ni kekdah dia gaya bebas. sukati ko kalau sakit perot tanggung sendiri. haha ;P aku x buat pedas sbb mak aku xleh makang pedas.


seeloknya org kata perap ni letak dlm bekas tertutup kan. so pepandai lah. janji ko perap. aku letak dlm peti yg bukan freezer tu supaya ayam tu segar dingin dan menawan. haha

dah perap nak dekat sejam tu. ko panaskan oven. kalau mcm oven mak aku ni mmg kene panaskan pd suhu 250°c selama 15 mins xkisah ko nak buat apa pon. habis je panaskan terus dah sejam ayam diperapkan? silalah kau keluarkan ayam dan susun cantik2 atas tray. pastu atas setiap ayam tu ko sapukan/lumurkan dengan sedikit butter. bakar bape lama?

aku buat gini;
suhu 200°c 1st round panggang 20 min. lepas tu terbalikkan ayam. panggang lg 20 mins. lepas tu siap la. boleh ngap!

texture dia very the juicy. adik aku feeling sgt ckp sdp mcm ayam pizza hut. kihkihkih. tp mmg sedap la resepi ni. hahah. konsep dia resepi asal boleh dan xde renyah sgt kata ko. ;P


ehh jappp. dlm masa ko nak menunggu ayam diperam tu jgn la kau pegi main talipon plak. karang subuh minggu depan baru makan. mihmihmih. sila sediakan bahan2 utk buat mash potatoes dan coleslaw.



* gambar from gugelina*

yg ni super senang. oleh kerana aku baru 1st time nak buat jadik aku buat sikit je dulu. bahan2 dia:

* kentang saiz sederhana 3 biji
* susu setengah mug (agak2 la. aku punya x abis pon smlm)
* buttercup 1/5 (aku kerat 5 butter tu.)
* garam utk seasoning
* black pepper mckormick
* parsley flakes mckormick
* senyuman yg manis 2 kilo

cara2 dia;
♢ kupas kulit kentang. potong kecik2 (bentuk laptop) supaya senang masak n senang la ko nak melenyek jap lagi.

♢ rebus kentang dengan air. paras air tu biar sehingga menenggelamkan semua kentang2 kau. masukkan secubit garam. agak2 la kentang ko banyak mana. rebus guna api sederhana je. berapa lama rebus? 20 mins ke 25 mins. tgk2 la, cucuk2 ngan garfu. agak2 keras sila teruskan rebus. agak2 lembik terlajak sejam, sila potong dadu dan rebus diri sendiri. haha

♢ lepas dah masak tu. toskan kentang td. buang semua air dia. dan keringkan periuk tu atas api yg kecik. pastu masuk kan kentang yg dah agak kering tu. kacau2 skit supaya dia jadi lebih kering. pastu lenyek2kan dia. sebab aku xda pelenyek. jadik aku guna je apa yg ada. tradisional sgt! terus naik muscle tau. auchhh.

♢ bila ko dah lenyek agak2 dah lunyai semua. masukkan sedikit garam + black pepper + parsley flakes + serbuk belerang tu. gaul2 mesra sampai dia terpedaya dgn kau. haha

♢ butter td tu ko potong kecik2. dan ko masukkan dia sedikit demi sedikit. napa gitu? supaya x over lemak la. kang xleh nak makan plak. kalau dah rasa cukup xpayah habiskan. aku punya x habis smlm. boleh buat sapu kat ayam plak masa nak bakar line tu. haha

♢ lepas dah mesra semua td ko akan tgk satu texture yg sangat cantik. jadi masa ni ko masukkan sedikit demi sedikit susu. gaul rata. agak2 la. jgn sampai jadik sup plak. pastu kacau2 sampai dia jadi cam smooth n xbasah sgt. rasakan garam. kalau dah ok boleh la ko angkat dan hidangkan. perghhhh senanggg dan sodappp. sap sap soii siap ;P



sementara tu adik aku tlg aku potong2 sayur utk coleslaw. biasa kami guna 2 jenis je sayur. kobis n carrot. kalau rajin boleh gak tambah salad atau kubis purple atau apa aja yg ko nak.

version mak aku;

* kubis (potong nipis panjang2)
* carrot (potong nipis panjang2)
* mayonis
* garam skit
* herbs2 dr mckormick tu la. black pepper white pepper Italian herbs oregano garlick stick parsley flakes n apa2 yg ada dalam dapo dan sesuai di letak bersama. gitewwwwww.

cara dia;
potong nipis panjang2 carrot n kubis tu pastu gaul la ngan bahan2 diatas. xpayah rich sgt ko buh mayonis tu. agak2 je. sama gak ngan garam. gaul2 mesra sampai jatuh cinta. lepas tu boleh ngapppp! mihmihmih



dapatlah hasil cenggini. aishhhh kecur air liur tgk gambo ni mihmihmih. meletoppp sekali dinner akunmalam td utk minggu ni. kalau ko nak lg meletop, ko boleh tambah 2 biji bom sebagai penambah selera. kahkah harini makan ayam goreng dengan kicap je. hahaha! ehh tu pon heaven bg aku... yg pemalas. wakakak. janji makang ye dak ;P

semalam dah berhempas pulas kat dapur. hari ni berhempas pulas siapkan keje2 yg xsiap. harap2 sebelum kul 8mlm esok siapla. sbb aku nak tgk anugerah meletop. kahkah. motif sgt!

till then, be good!
bye :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...